Thursday 7 March 2013

KENAPA KAK MENCEBURI BIDANG TERNAKAN KAMBING

Saya senang bahasa diri kakak atau kak, kerana umurpun hampir 50. Sebenarnye kak sudah lama minat pada ternakan binatang kebetulan ada tanah seluas 1 ekar di Sg Buloh, rasa rugi pulak kalau tanah tu terbiar. Mula2 kak ada ternak ayam kampung.....cuba lihat nie


Sanggup kak beli incubator.... pembekal dari Perlis,  beli 3 buah. Dari Melaka kak beli satu. Tapi yang dari Perlis lebih effektif , murah dan mudah dikendali . Disitu dah berapa kosnya.......itulah namaye hobbi. Masa tenguk ayam menetas, macam satu kepuasan.

Kekadang kak cari baka ayam hutan, ayam laga...kak campur dengan ayam kampung. Kat Sg Buloh memang ada pasaran. Boleh jual sampai RM18/kg.....tapi biasa le kalau breeding memang lambat, lepas tu ada yang mati,
dan anaknye pun lambat membesar. Kalau masa hujan, kebarangkalian anak ayam mati tinggi. Tapi makanan taklah banyak belanje... boleh ambik sisa2 makanan, batang pisang, daun pisang, lebihan sayur dipasar tapi ingat jangan beri hampas kelapa. Hampas kelapa boleh meyebabkan ibu ayam tak bertelur.
Ini rupa reban ayam dahulu, terpaksa diroboh  untuk beri laluan pada kambing

Lepas tu kak berangan nak bela kambing. Lama kak merisik...cari kat internet, risik2 kat penternak (kadang2 pergi kekandang kambing). Tapi tak jelas maklumatnye...... Akhirnye jumpa Kak Zubaidah (Berkat Farm - kubu gajah). Belajar kat dia, kemudian bina kandang (nak cari tukang juga satu masaalah), pasang letrik, bina pam air, cari pekerja dan akhirnye beli kambing pada Kak Zubaidah (Sifu). Puhhh!!!! habis banyak juga hampir RM 45K. Tapi secara ikhlasnye.....seronok bela kambing. Bersih dan kambing pulak manja2.

2 comments:

Feral KK said...

assalamualaikum..

selamat menternak kambing kak..:-)

puteri said...

Salam kak.. Sy keliru antara bela kambing dan ayam kampg mna lagi mnguntungkan ye?

Post a Comment