Monday 31 October 2011

KENAPA KAK MENCEBURI BIDANG TERNAKAN KAMBING

Saya senang bahasa diri kakak atau kak, kerana umurpun hampir 50. Sebenarnye kak sudah lama minat pada ternakan binatang kebetulan ada tanah seluas 1 ekar di Sg Buloh, rasa rugi pulak kalau tanah tu terbiar. Mula2 kak ada ternak ayam kampung.....cuba lihat nie


Sanggup kak beli incubator.... pembekal dari Perlis,  beli 3 buah. Dari Melaka kak beli satu. Tapi yang dari Perlis lebih effektif , murah dan mudah dikendali . Disitu dah berapa kosnya.......itulah namaye hobbi. Masa tenguk ayam menetas, macam satu kepuasan.

Kekadang kak cari baka ayam hutan, ayam laga...kak campur dengan ayam kampung. Kat Sg Buloh memang ada pasaran. Boleh jual sampai RM18/kg.....tapi biasa le kalau breeding memang lambat, lepas tu ada yang mati,
dan anaknye pun lambat membesar. Kalau masa hujan, kebarangkalian anak ayam mati tinggi. Tapi makanan taklah banyak belanje... boleh ambik sisa2 makanan, batang pisang, daun pisang, lebihan sayur dipasar tapi ingat jangan beri hampas kelapa. Hampas kelapa boleh meyebabkan ibu ayam tak bertelur.

Lepas tu kak berangan nak bela kambing. Lama kak merisik...cari kat internet, risik2 kat penternak (kadang2 pergi kekandang kambing). Tapi tak jelas maklumatnye...... Akhirnye jumpa Kak Zubaidah (Berkat Farm - kubu gajah). Belajar kat dia, kemudian bina kandang (nak cari tukang juga satu masaalah), pasang letrik, bina pam air, cari pekerja dan akhirnye beli kambing pada Kak Zubaidah (Sifu). Puhhh!!!! habis banyak juga hampir RM.......K. Tapi secara ikhlasnye.....seronok bela kambing. Bersih dan kambing pulak manja2.

DAHULU

SEKARANG

Papan tanda kak buat sempoi je, upah kat jiran aje.

DAHULU
Reban ini terpaksa diroboh, untuk beri laluan pada kandang kambing. 
Kandang kambing bersebelahan bekas tapak reban ayam
SEKARANG

DAHULU
Sedang menangkap ayam didalam reban dengan menggunakan jaring.

SEKARANG
Seronok melayan anak kambing, manja.....

DAHULU
Jiran bekerja dengan kak, Nor.

SEKARANG
Ini pekerja yang bertanggungjawab memelihara kambing. 
Namanye Muhammad (baharu memeluk agama Islam).

Diharapkan perubahan ini dapat memberi kebaikan dan kemajuan kepada kak dan dapat menjana pendapatan kepada kak. Berusaha...berusaha....berusaha....jangan putus asa, anggaplah ia sebagai hobi.

2 comments:

Feral KK said...

salam..jrang tgok kaum hawa mnceburi bdang nih..tahniah pd akak..smuge tabah mnghadapi liku2 brgelar pnternak..sy pun msih bru..bru start buln ogos 2011..huhu

Mazni Azmi said...

Assalamu'alaikumWrmbth,

Selamat berusaha kak. Blog akak memang lawa. Selamat bersabar dalam arena perkambingan. Banyak liku2 dihadapan, insyaallah kita boleh laluinya

UMMBARAQAH RESOURCES
http://hargalembukorban2011.blogspot.com
http://kambinghalal.blogspot.com

Post a Comment