Thursday 7 March 2013

KENAPA KAK MENCEBURI BIDANG TERNAKAN KAMBING

Saya senang bahasa diri kakak atau kak, kerana umurpun hampir 50. Sebenarnye kak sudah lama minat pada ternakan binatang kebetulan ada tanah seluas 1 ekar di Sg Buloh, rasa rugi pulak kalau tanah tu terbiar. Mula2 kak ada ternak ayam kampung.....cuba lihat nie


Sanggup kak beli incubator.... pembekal dari Perlis,  beli 3 buah. Dari Melaka kak beli satu. Tapi yang dari Perlis lebih effektif , murah dan mudah dikendali . Disitu dah berapa kosnya.......itulah namaye hobbi. Masa tenguk ayam menetas, macam satu kepuasan.

Kekadang kak cari baka ayam hutan, ayam laga...kak campur dengan ayam kampung. Kat Sg Buloh memang ada pasaran. Boleh jual sampai RM18/kg.....tapi biasa le kalau breeding memang lambat, lepas tu ada yang mati,
dan anaknye pun lambat membesar. Kalau masa hujan, kebarangkalian anak ayam mati tinggi. Tapi makanan taklah banyak belanje... boleh ambik sisa2 makanan, batang pisang, daun pisang, lebihan sayur dipasar tapi ingat jangan beri hampas kelapa. Hampas kelapa boleh meyebabkan ibu ayam tak bertelur.
Ini rupa reban ayam dahulu, terpaksa diroboh  untuk beri laluan pada kambing

Lepas tu kak berangan nak bela kambing. Lama kak merisik...cari kat internet, risik2 kat penternak (kadang2 pergi kekandang kambing). Tapi tak jelas maklumatnye...... Akhirnye jumpa Kak Zubaidah (Berkat Farm - kubu gajah). Belajar kat dia, kemudian bina kandang (nak cari tukang juga satu masaalah), pasang letrik, bina pam air, cari pekerja dan akhirnye beli kambing pada Kak Zubaidah (Sifu). Puhhh!!!! habis banyak juga hampir RM 45K. Tapi secara ikhlasnye.....seronok bela kambing. Bersih dan kambing pulak manja2.

Monday 31 October 2011

KENAPA KAK MENCEBURI BIDANG TERNAKAN KAMBING

Saya senang bahasa diri kakak atau kak, kerana umurpun hampir 50. Sebenarnye kak sudah lama minat pada ternakan binatang kebetulan ada tanah seluas 1 ekar di Sg Buloh, rasa rugi pulak kalau tanah tu terbiar. Mula2 kak ada ternak ayam kampung.....cuba lihat nie


Sanggup kak beli incubator.... pembekal dari Perlis,  beli 3 buah. Dari Melaka kak beli satu. Tapi yang dari Perlis lebih effektif , murah dan mudah dikendali . Disitu dah berapa kosnya.......itulah namaye hobbi. Masa tenguk ayam menetas, macam satu kepuasan.

Kekadang kak cari baka ayam hutan, ayam laga...kak campur dengan ayam kampung. Kat Sg Buloh memang ada pasaran. Boleh jual sampai RM18/kg.....tapi biasa le kalau breeding memang lambat, lepas tu ada yang mati,
dan anaknye pun lambat membesar. Kalau masa hujan, kebarangkalian anak ayam mati tinggi. Tapi makanan taklah banyak belanje... boleh ambik sisa2 makanan, batang pisang, daun pisang, lebihan sayur dipasar tapi ingat jangan beri hampas kelapa. Hampas kelapa boleh meyebabkan ibu ayam tak bertelur.

Lepas tu kak berangan nak bela kambing. Lama kak merisik...cari kat internet, risik2 kat penternak (kadang2 pergi kekandang kambing). Tapi tak jelas maklumatnye...... Akhirnye jumpa Kak Zubaidah (Berkat Farm - kubu gajah). Belajar kat dia, kemudian bina kandang (nak cari tukang juga satu masaalah), pasang letrik, bina pam air, cari pekerja dan akhirnye beli kambing pada Kak Zubaidah (Sifu). Puhhh!!!! habis banyak juga hampir RM.......K. Tapi secara ikhlasnye.....seronok bela kambing. Bersih dan kambing pulak manja2.

DAHULU

SEKARANG

Papan tanda kak buat sempoi je, upah kat jiran aje.

DAHULU
Reban ini terpaksa diroboh, untuk beri laluan pada kandang kambing. 
Kandang kambing bersebelahan bekas tapak reban ayam
SEKARANG

DAHULU
Sedang menangkap ayam didalam reban dengan menggunakan jaring.

SEKARANG
Seronok melayan anak kambing, manja.....

DAHULU
Jiran bekerja dengan kak, Nor.

SEKARANG
Ini pekerja yang bertanggungjawab memelihara kambing. 
Namanye Muhammad (baharu memeluk agama Islam).

Diharapkan perubahan ini dapat memberi kebaikan dan kemajuan kepada kak dan dapat menjana pendapatan kepada kak. Berusaha...berusaha....berusaha....jangan putus asa, anggaplah ia sebagai hobi.

Wednesday 26 October 2011

MARI BERKONGSI PENGALAMAN TERNAK KAMBING (Makanan kambing)

Kali nie masih megenai makanan kambing. Petang tadi saya dan si Muhammad pegi cari daun di belakang kebun saya...... bekejar2 masa sebab takut hujan, sekarang nie musim hujan.

Nampak tak si Muhammad atas pokok tu. dia tengah tebang dahan pokok petai belalang.

Dahan petai belalang yang telah dicantas....... nampak tak buahnye. Sebenarnye buah nie manusia pun boleh makan, boleh makan mentah atau buat sambal. Kalau si Jebat dapat......... seronoknye tengok ia menguyah. 
Sebelah jalan ada sungai. Disinile saya dan si Muhammad selalu cari rumput dan daun..... kalau pegi kehujung jalan nie... lagi banyak  rumput.


Ini pulak daun lebar ( saya dan si Muhammad namakan.... nama saintifik atau nama tempatan tak tahu ). Kalau si kambing dapat makan daun nie dengan kulit2 batangnye dia hentam.. Oh ye ada satu lagi daun..... Acasia sp. Tetapi kekadang kambing nie kalau ubah makanan..... perutnye akan meragam, dia akan cirit dan najisnye lembik.

Tuesday 25 October 2011

MARI BERKONGSI PENGALAMAN TERNAK KAMBING (Makanan kambing)

Dibelakang pokok betik tu, pokok macam daun tebu tu le napier. Mula2 nak ternak kambing saya tak ada idea nak cari benih pokok nie, jadi saya hubungi pegawai veterina. Dapat le pembekal, satu guni dia jual RM 20..... itu jual benih,tapi kalau siapa2 ada tanah luas blh buka bisness.... blh jual napier tau.  Saya dah tanam napier ini sekeliling kandang saya tapi masih tak cukup. Lagi satu kalau nak mula ternak kambing...... awal2 mesti tanam napier dulu, awal 3 atau 4 bulan. Cara tanam napier sama macam tanam tebu..... cucuk aje batangnye. Ia mudah tumbuh, terutama musim hujan.


Ini satu lagi sumber makanannye.... petai belalang. Kalau saya cari daun nie saya tak simpan, terus saya beri pada kambing. Daun petai cepat luruh, seelok2nya cari pokok yang sedang berbuah sebab kambing suka makan buah petai belalang. Pokok petai nie kandungan proteinnya tinggi, lebih kurang 22%.Saya suka ikat dan gantung petai belalang, suka lihat kambing meragut ( biar ia bersenam sikit ).


 Ini rupa napier yang telah dichop, saya guna chopper yang murah sahaja. Harga chhoper ini lebih kurang RM2000 lebih. Pembekalnye saya dapat melalui laman web (kalau tak silap dari Teluk Intan).
Ini rupa chopper, ringkas saja. Dibawahnye ada enjin motor. Setengah penternak (terutama lelaki), chhoper nie direka sendiri, lagi jimat.

Daun2 napier liar, sumber napier liar terpaksa dicari juga. Napier yang ditanam tak cukup, alhamdulillah kebetulan bahagian belakang tanah saya ada sungai besar , almaklumle tebing2 sungai banyak tumbuhan liar....Alhamdulillah

Ini daun nangka. Boleh juga jadi sumber makanan kambing tetapi jgn terus diberi selepas dipetik. Biarkan sehari dua dulu.... keringkan getahnye.

Daun pisang jugak jadi kegemaran kambing, Kalau di kampung batang pisang pun dia hentam makan.Buah pisang pun kambing makan tapi kalu elok kita makan le. Bagi le buah pisang yg muda, yang batangnye dah terkehel

Gambar dibawah nie, merupakan pemandangan ditebing sungai.......... disinilah surga makanan kambing. Selalunya saya dan pekerja saya cari daun sekitar 10 pagi atau 2 petang.

Yang atas tu pokok petai belalang.

                                       Nampak tak napier liar tumbuh kat tebing sungai tu.

Yang ini pellet kambing...... Saya beri pada waktu pagi. Satu ekor kambing dewasa lebih kurang 800 gram. Baru2 nie saya cuba pula hampas soya. Saya dapat pembekal hampas soya nie menerusi internet juga.
Selain daun2 dan makanan yang ada dalam gambar saya nie, ada yang lain lagi.......saya panggil daun lebar, senduduk, daun pokok durian, daun lengkuas, mulberry... oh ye daun pokok kelapa sawit. Kalau ada yang lain boleh le kita berkongsi.....Oh ye daun pokok buah tin.



Monday 24 October 2011

MARI BERKONGSI PENGALAMAN TERNAK KAMBING.

Saya nie peminat dalam ternakan. Dulu giler2 le nak ternak kambing. Kebetulan adalah rezeki sedikit dan ada keizinan yang tersayang. Jadi saya mulakan membina kandang kambing 40 x20 kaki . Phuh!!! habis banyak juga... semangat mesti kuat. Maka terbinalah kandang kambing saya.

 Inilah rupa kandang saya, guna tiang konkrit sebab takut anai2, tingginya 7 kaki. 


Ini bahagian dalamnye, dibahagi beberapa bilik kiri dan kanan. Alur makannye guna kayu.
Ini pekerja saya tengak bagi makanan. Kambing tak banyak lagi, mula denga 30 ekor dan sekarang bertambah 10 ekor anak.
Ini bawah kandang kambing, saya tak buat lantai konkrit. Tepi2 saya ikat batu lebih kurang satu kaki dan ditengah saya isikan pasir kemudian batu besar diatas. Kemudian dilapik dgn jaring hitam.Ini tujuannye air kencingnye terus terserap dan najis pejalnye terperangkap dan senang dikumpul.

Saturday 15 October 2011